JENIS PROCESSOR DAN SOCKET PROCESSOR

Posted by Unknown Label:

NOMOR SOCKET PROCESSOR /NOMOR PIN
JENIS PROSESSOR YANG BERSESUAIAN
Intel
Soket 3AT486
Soket 7/8Pentium I / PGA (Pin Grid Array)
Slot 1Pentium II / PGA (Pin Grid Array)
Soket 370Pentium III / PGA (Pin Grid Array)
Soket 423Pentium IV / PGA (Pin Grid Array)
Soket 478Pentium IV/ PGA 2nd Ver., Pentium IV Celeron (DDR
RAM
)
Soket 603Pentium IV Xeon (micro PGA)
Soket LGA 775Pentium IV, Pentium D, Celeron 420, Celeron 430, Pentium Dual Core, Core 2 Duo, Core 2 Quad
Soket LGA 1155/1156Core i3, Core i5, Core i7 (860, 870, 2600)
Soket LGA 1366Core i7 (930, 950)
AMD
Soket 754Athlon 64 (mPGA), Sempron
Soket 939Athlon 64, Athlon 64-X2
Soket 940Athlon 64 FX 51 (micro PGA)
Soket AM2Athlon AM2, Athlon X2, Sempron Limited Edition
Soket AM3Sempron 140, Athlon II X2, Athlon II X3, Athlon II X4,
Phenom II X2, Phenom II X4, Phenom II X6



FUNGSI PROCESSOR (CPU)

Fungsi Processor ialah untuk untuk memproses data yang diterima dari masukan (input), seterusnya akan menghasilkan keluaran (output). Semasa kerja memproses data tersebut, processor juga akan sentiasa berhubung dengan komponen komputer yang lain, terutamanya hard disk dan RAM. Ia juga digambarkan sebagai “otak” kepada komputer dimana setiap data akan melalui processor bagi menghasilkan keluaran (output) yang sepatutnya. Sesuai dengan fungsi processor, ia juga dikenali sebagai Central Processing Unit atau ringkasannya CPU.
Sebagai contoh, ketika anda taip alamat blog ini, maka processor akan menerima masukan tersebut dan berurusan dengan komponen-komponen komputer yang lain seperti RAM, hard disk, motherboard, dan lain-lain komponen bagi menghasilkan keluaran / hasil yang anda kehendaki. Sekiranya processor tidak berfungsi, maka komponen-komponen komputer yang lain juga tidak dapat berfungsi.

REKABENTUK PROCESSOR

Pada masa dahulu, rekabentuk processor sesuai dipasang secara slot. Tetapi kini, rekabentuk processor semuanya sesuai dipasang secara soket. Umumnya, kini terdapat dua pengeluar processor iaitu Intel dan AMD. Rekabentuk luarannya hampir sama, iaitu berbentuk segiempat dan mempunyai pin-pin yang banyak sebagai connector kepada motherboard. Terdapat rekabentuk terkini dari Intel iaitu soket LGA775 yang tidak mempunyai pin, sebaliknya motherboard yang mempunyai pin-pin connector untuk dihubungkan dengan processor.

PEMILIHAN PROCESSOR

Jika imbas kembali kepada tips pemilihan motherboard, jenis processor dan soket processor adalah perkara pertama yang perlu dipastikan sebelum membeli motherboard. Pendek kata, processor adalah komponen perkakasan komputer terpenting sebelum membeli komponen-komponen komputer yang lain. Perlu diingatkan juga, kebiasaannya processor adalah perkakasan komputer yang paling mahal.

JENIS JENIS PROCESSOR:

Intel
- Pentium II
- Pentium III
- Pentium IV
- Pentium IV Celeron
- Pentium D
- Dual Core
- Core 2 Duo
- Core 2 Extreme
- Quad Core

AMD
- Sempron
- Athlon
- Athlon AM2 X2
- Phenom

Setelah menentukan jenis processor yang dikehendaki, kita perlu melihat kepada no soket processor pula. Ini amat penting supaya kita tidak tersilap memilih motherboard. Sekiranya motherboard tersebut betul dan bersesuaian (compatible) dengan processor, maka processor akan dapat berfungsi dengan baik..
Di bawah ini saya senaraikan beberapa nombor soket processor sebagai rujukan untuk memilih processor dan motherboard yang sesuai



Ini adalah sebahagian dari nombor soket processor yang ada. Namun, pilihlah processor dan motherboard yang ada dipasaran supaya mudah untuk mendapatkan alat ganti perkakasan komputer yang bersesuaian.
FSB dan L2 Cache juga adalah diantara ciri tambahan yang perlu kita perhatikan semasa memilih processor.

0 komentar:

Posting Komentar